Monday, September 28, 2015

Luahan Hati - "Tudung is Tudung, Vape is Vape?"

Seseorang itu akan keluarkan ayat tersebut, bila dikecam oleh ramai pihak, apabila dilihat dan dipamerkan kepada umum wanita itu menghisap vape.
Ye, akibat trend terkini, wanita sanggup menggadaikan maruah seorang wanita dan menggadaikan kesihatan demi meniru aksi yg kini menjadi HOT, menghisap vape.
Memandangkan kita berbicara mengenainya, pasti ada pihak yang tertanya-tanya apa itu vape.
Personal vapirator atau vape adalah salah satu jenis rokok elektrik. Dalam beberapa tahun terakhir, penggunaan vape meningkat di seluruh dunia sebagai alternatif yang lebih aman dari merokok. Sesuai dengan namanya, "asap" dari rokok elektrik ini adalah "wap" yang tidak mengandungi tar atau karsinogen (penyebab kanser) yang biasa ditemui di rokok tembakau. Walaupun dilihat agak sedikit rumit, peralatan ini sebenarnya hanya terdiri daripada tiga bahagian utama
- Mods
     Bahagian yang membekalkan sumber elektrik.
- Atomizers
     Bahagian yang membuat asap.
- eJuice
     Refill yang memberikan rasa dan nikotin.
Saya tak tahu detail mengenai vape, tapi boleh tekan ini utk tahu lebih lanjut tentang rupa bentuk dan sebagainya.
Walaupun kedengaran seperti tidak membahayakan, namun bagi sesetengah pihak memandang serong mengenai hal tersebut, termasuk saya.
Bukan apa, melihat wanita bertudung menghisap vape sambil menunjuk-nunjuk amat melukakan hati saya.
Tidakkah mereka sedar walaupun " tudung is tudung and vape is vape" , mereka telah mencalarkan sedikit sebanyak agama kita, Islam?
Agak mengecewakan saya.
Bukan saya hendak mengutuk atau apa, namun kita sebagai kaum hawa, hendaklah sedar walau tingkah laku kita kecil, namun membawa banyak makna kepada orang luar, terutama yang bukan Islam.
Agama kita indah dan sempurna, namun tindakan kita tidak seperti demikian.
Sekian dari saya.

Monday, September 21, 2015

Luahan Hati - Pengajaran untuk kita

Tujuan saya berceritakan hal ini bukan kerana saya ingin memfitnah atau menceritakan hal buruk yang tak sedap didengari.
Namun saya berceritakan ini atas pengalaman saya sendiri dan tiada tokok tambah atau penipuan.
Saya tahu mana salah, mana baik.
Namun sebab saya berceritakan hal ini di blog adalah kerana saya ingin memberi pengajaran kepada anda yang membaca dan juga untuk diri saya sendiri.
Maklumlah, saya mempunyai daya ingatan yang agak lemah dan saya takut saya berkelakuan sama seperti ini.
Mari saya mulakan cerita saya?
Saya ada bilik untuk disewa. Dan seorang wanita ini adalah salah satu dari penyewa bilik tersebut.
Wanita sabah.
Saya pun tak ingin mengata buruk sebab ramai sahabat saya orang Sabah dan saya tahu tak semua seperti ini.
Namun, ingin saya jelaskan sikap seperti ini amatlah buruk dan jangan sesekali meniru sikap sedemikian rupa.
Wanita Sabah ini memiliki social life yang agak extreme bagi saya.
Dia memiliki seorang boyfriend. Askar.
Saya tahu saya tak berhak menghakimi dan bukan niat saya untuk menghakimi kehidupan orang tersebut.
Wanita Sabah ini suka merokok didalam biliknya dan percayalah, apabila buka saja biliknya, bau semerbak madu!
Sejak dari situ, saya kurang gemar menghidu bau asal rokok namun bukan itu puncanya saya amat benci rokok.
Wanita Sabah ini juga jenis liat bayar bilik sewa.
Mana taknya, kerja pun tidak.
Macam mana nak bayar bilik sewa?
Namun setelah dipaksa secara sopan namun tegas oleh ibu saya, wanita ini bertindak melarikan diri di waktu malam dimana kami semua tengah tidur.
Yang tinggal hanyalah bilik yang dipenuhi puntung rokok dan sampah makanan.
Itu kes yang pertama.
Kes yang kedua ini membuat saya geram teramat sangat sehingga sampai sekarang saya takut nak masuk bilik dia.
Wanita yang berasal dari Terengganu ini kenalan bapa saya.
Dia seorang yang sangat soft talker dan juga agak suka mengganggu privasi saya.
Apa yang saya nak bukannya layanan ibarat Raja serta dayangnya.
Cuma yang saya nak ialah tidak mengganggu hal orang dan jangan berborak lama mcm kenal rapat sangat.
Cukup awak buat hal awak, dan saya teruskan hal saya.
Saya tak kisah nak bermuafakatan namun saya juga ada hak privasi saya.
Pasal duit, liat sangat nak membayar.
Bayar pun sikit-sikit, siapa yang nak?
Sewa bukan mahal mana nak bayar sikit-sikit.
Bukan beribu, hanya dibawah RM300.
Itu susah ke?
Duit dah hilang makna jika bayar sikit-sikit.
Bagaimana nak membayar bil api dan air jika bayar sikit-sikit?
Boleh ke bayar bil api sikit-sikit?
Ini bukan tabung nak berbuat demikian.
Jika dia jenis menjimatkan tenaga api dan air, boleh lagi dimaafkan.
Ini, bila malam, kalau boleh, terang benderang bilik dia.
Dengan lampu bilik air yang sudah terang lagi bersuluh cahayanya,
Dengan lampu biliknya yang sudah tentu open anytime, no switch off button.
Akibat tidak tahan lagi dengan perangai seumpama 
Ibu saya membuat keputusan untuk menyuruhnya mencari bilik sewa yang lain.
Tempoh panjang sudah diberi, namun masih berdegil mahu diminta tangguh.
Alasan, bilik belum dijumpai lagi.
Namun, alasan tetap alasan.
Kata putus sudah dikeluarkan.
Pergi tetap pergi.
Belas kasihan itu akan ada jika dengan orang yang betul.
Tapi, sepanjang tempoh tersebut, sedikit pun dia tidak menggerakkan tubuhnya untuk berusaha mencari bilik sewa yang lain dan mencari dengan sambil lewa.
Bukti?
Ada ke orang keluar malam cari bilik sewa, tapi tidur memanjang diwaktu siang?
Sekejap kerja, sekejap tidak malah keluar malam-malam.
Sedikit pun saya tak nampak dia penat mencari sewa bilik.
Walaupun diberi amaran keras, namun dia masih berdegil tidak mahu mengemas malah pergi macam itu saja.
Tiada pilihan lain, terpaksa saya dan ibu saya mengemas bilik wanita tersebut.
MasyaAllah.
Anda tak dapat bayangkan.
3 beg besar memuatkan pakaian.
Satu katil yang mempunyai darah haid.
Sampah makanan.
Sarang lipas diatas kipas.
Bau hanyir darah tersebut.
Malu sebenarnya saya mengungkapkan ayat diatas.
Namun itu adalah hakikatnya.
Saya dan ibu saya mengemas barang tersebut dan terpaksa memanggil jiran kami untuk menggangkat barang tersebut ke kereta kami untuk dihantar di tempat mak mertua wanita tersebut.
Kami jelaskan padanya dengan elok dan sopan.
Ibu saya menjelaskan kepada wanita terengganu itu sendiri bahawa kami menghantar baju tersebut ke tempat ibu mertuanya.
Namun bukan dia berterima kasih kerana kami kemaskan barang dia atau apa.
Malah mengugut ibu saya?
Kurang ajar.
Bukan kami letak di tempat pembuangan sampah, tapi letak di tempat ibu mertuanya?
Sarang lipas, apa semua letak dimana?
Bukan itu sahaja, duit sewa 2 bulan yang ibu saya anggap burn nak letak dimana?
Wanita biadap.
Saya tak kisah anda semua nak katakan yang saya seorang yang kejam atau apa.
Saya alami, bukan anda.
Tujuan post?
Untuk diri saya.
Pengajaran untuk tidak menjadi seperti dia.
Bukan niat saya disini untuk memburukkan nama wanita diatas.
Jika saya bertujuan sebegitu rupa, sudah tentu saya akan sebut namanya.
Bukan juga niat dihati ingin memfitnah dan mereka cerita.
Saya yakin orang yang kenal saya, takkan suka mereka cerita suka suka sehingga melibatkan nama orang lain tercemar.
Saya tahu perkara ini bukan disebabkan dia berasal dari negeri itu dan ini.
Namun disebabkan didikan moral yang rendah dan tiada tanggungjawab menjadikan wujud orang sedemikian rupa.
Tujuan saya menceritakan hal ini untuk diri saya.
Untuk diri saya yang mudah terlupa.
Untuk diri saya agar tidak menjadi seperti wanita-wanita diatas.
Harap anda semua faham niat saya.

Thursday, September 10, 2015

INTRO

OKAY... 

Pertama kali saya menceburi blog pada dasarnya,
Jadi maafkan saya jika saya agak tidak matang dan penulisan yang tidak mantap seperti kalian.

Sejujurnya, saya tidaklah power dalam penulisan dan blog.
Markah BM saya setakat atas pagar je.
Tak lebih 
Tak kurang

Namun apa yang membuatkan saya berminat membuat blog ini adalah,
saya ingin berkongsikan kisah hidup dan pengalaman saya sepanjang saya membesar.

Buat novel?

Takkan...

Saya bukan seorang yang artistik memikirkan jalan cerita dan plot drama.

Saya hanya seorang hawa yang berjinak-jinak memulakan aktiviti blogging.

 
 Ada pengalaman dan pengajaran yang ingin saya kongsikan kepada umum

Ada pendapat yang saya rasa berguna buat masyarakat diluar sana.

Namun, sekiranya saya berlaku kasar dan tidak rasional, maka maafkan saya.

Sekian itu dari saya.

Terima kasih.