Monday, January 23, 2017

Suara disudut hati.

Bab 4
Gemuk dan Peon mula sampai kedestinasi yang dituju. Tempat itu penuh dengan kontena yang besar dan bunyi bising kapal kedengaran. Gemuk mula merasa takut. Bukan kerana tempat tersebut. Tetapi adakah tindakan mereka itu betul?
"Bos, betul ke apa yang kita buat? Bos, kita masih boleh lari. Masih tak terlambat." Kata Gemuk memujuk Peon.
"Gemuk, DIAMLAH! Jerit Peon kepada Gemuk.
"Kita dah tak boleh buat apa. Tak boleh larikan diri. Gemuk, kau macam tak tahu. Kalau lari maksud maut. Gemuk, kita tak salah. Kita tak rogol pun budak perempuan tu kan? Kita tak sebat, tak pukul kan? Jangan risau. Kita serahkan budak tu kan lelaki tuh, ambil duit, dan terus. Kita boleh bina hidup kita semula. Kau boleh makan banyak-banyak kan?"
Diam Gemuk seketika. Berfikir. Tentang kata-kata Peon. Adakah kita betul?
Kereta sedan hitam menghampiri mereka. Keluar seorang lelaki membuka pintu. Dan keluar lelaki tadi. Lelaki yang menghampiri mereka hari itu.
"Mana perempuan tu?" Kata lelaki tersebut dengan loghat asing.
"Duit dulu. Baru kawan saya bagi." Kata Peon.
Lelaki tersebut memberi isyarat kepada orangnya. Orangnya pula mengambil beg hitam yang besar dari bonet kereta dan letak dihadapan Peon.
"Gemuk, bawa perempuan tu kesini."
Gemuk memandang Peon dengan sayu, memberi isyarat agar dihentikan segala.
Namun Peon tetap berdegil. Gemuk membuka peti tersebut lalu mengangkat perempuan tersebut ke luar dari peti tersebut. Lelaki berbaju hitam itu menghampiri Gemuk untuk mengambil perempuan itu. Peon melangkah kearah beg hitam tersebut untuk mengambilnya.
"Ahhh!!! Aku malas nak fikir lagi. Peon. Apa yang kita buat ni salah tahu tak? Walaupun kita tak bunuh orang, tapi kita menyebabkan mak ayah kehilangan anak. Peon, bayangkan perempuan ini adik kau, adakah kau akan culik dia dan jual? Aku malas nak fikir dalam-dalam. Bak sini budak tu." Kata Gemuk sambil merampas kembali perempuan tersebut. Peon terkejut melihat tindakan Gemuk itu. Seorang lelaki mengacukan pistol kearah Gemuk dan melepaskan tembakan.
PENGG
Bunyi pistol itu menggegarkan suasana. Gemuk rebah kebumi. Peon terkejut. Terkedu.
"GEMUKKK" Jerit Peon sambil meluru kearah Gemuk.
"Korang menyenangkan kerja aku." Kata lelaki tersebut sambil mengacukan pistol kearah Peon.
PENGGG
Lelaki tersebut pergi meninggalkan Peon dan Gemuk disitu. Apa akan berlaku kepada perempuan tersebut?

Diam - Luahan Hati

Diam menjadi method aku untuk mengawal kemarahan aku. Maklum, aku seorang yang panas baran sikit. Sukar nak kawal marah, mungkin sebab darah muda. Kerap memberontak, dan selalu 'berangin'.
Pada umur 19 tahun, kerja sebagai kerani. Banyak mengajar sebenarnya. Mengajar erti kesabaran dan nilai sesebuah kerja. Atas beberapa sebab, aku memilih untuk tidak sambung belajar. Pernah juga meletus ... biasalah menghadap orang punya pasal.

Pada hari yang tak beberapa baik, aku dituduh kepada perkara yang aku sendiri tak dapat bayangkan. Tuduhan yang berat

Pada mulanya, diam sebab taknak mengeruhkan keadaan. Keadaan akan menjadi kekok pada hari seterusnya jika kita meletus masa tu.
Kemudian, diam sebab

Suara disudut hati.

Bab 3
Peon mulakan harinya setiap pagi dengan mengangkat beras dan kotak di Kedai Pak Haji Meon. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pendapatan Peon tidak banyak, hanya RM80 sehari. Cukup-cukup untuk adik-adiknya dan ibunya yang sakit. Peon sering ditemani dengan Gemuk dalam usaha mencari rezeki. Mereka susah bersama, senang bersama sejak dari kecil. Gemuk sering panggil Peon dengan panggilan bos kerana sewaktu Gemuk kecil, Gemuk sering dibuli oleh pelajar sekolah menengah. Namun Peon sentiasa datang membantu.
Namun, suatu hari mak Peon pengsan jatuh tangga. Adik Peon, Siti berlari tak cukup tanah mencari Peon dikedai Pak Haji Meon.
Setelah Peon mendengar berita tersebut, Peon dan Gemuk berlari kerumah melihat keadaan mak Peon. Peon meluru masuk kerumah mencari maknya dibilik  manakala Gemuk hanya duduk dipintu.
"Makk. Mak tak apa-apa kah? Mak ada sakit dimana? Mak, sini Peon hantar ke klinik ye?"
"Mak tak apa-apa. Cuma terseliuh sedikit akibat jatuh tangga. " kata Mak Peon dengan suara yang lemah.
"Makk, jangan buat Peon risau. Jika mak perlu ke klinik, bagitahu Peon. Mak tak sihat lagi ni"
"SIAPA YANG BENARKAN MAK JALAN NI? Kamu ke dik? Awat tak jaga mak betul-betul?" Kata Peon terhadap adik-adiknya dengan kasar.
"Adik cuma tertidur sekejap. " ujar adik Peon yang kepenatan.
"Jangan marahkan adik kamu tu Peon. Adik kamu tu penat menjual nasi lemak Mak Kiah kat sekolah dia tu" kata Mak Peon dengan lembut untuk memujuk Peon yang marah.
"Tapi..." Jawab Peon yang risau akan maknya.
"Takpe, mak tak apa-apa. Mak cuma bosan. Saje mak nak jalan. Exercise katanya..."
"Peon dan Gemuk pergilah sambung kerja. Nanti Pak Meon marah Peon lama-lama disini" Ujar maknya.
Peon bangun dari tempatnya dan mencium dahi maknya sebelum melangkah keluar dari rumah bersama Gemuk. Air mata Peon mula menakung.
"Gemuk, kau pergilah dulu ke kedai Pak Haji. Aku nanti sampai. "
"Okaylah bos, pape rojer tau. Jangan buat aku risau."
Gemuk melangkahkan kaki meninggalkan Peon bersendirian. Air mata Peon mula mengalir kepipi.
Sedih kerana hidupnya yang susah.
Sedih kerana tidak dapat membantu ibunya yang sakit.
Sedih kerana tidak dapat menyekolahkan adik-adiknya yang masih muda.
Masih muda untuk menangung beban ini.
Sedih dengan nasib dia.
Benci terhadap ayahnya.
Benci terhadap ayahnya yang meninggalkan ibunya dan anaknya sendiri kerana tidak tahan hidup susah bersama.
Benci terhadap ayahnya yang senang hati dengan kekayaan yang entah datang dari mana.
Benci terhadap ayahnya yang langsung tidak teringat akan mereka.
Peon mula menjerit sekuat hati. Meluahkan rasa sedih dan marahnya. Lalu didatangi oleh seorang lelaki berbaju mahal. Peon terkejut. Siapa dia?
"Aku ada tugas untuk kau. Kalau aku bagi kau RM10,000 . Kau nak?"
Peon terkejut mendengarnya. Betulkah? Kalau aku buat apa yang dia suruh, dia akan bagi RM10,000?