Bab 4
Gemuk dan Peon mula sampai kedestinasi yang dituju. Tempat itu penuh dengan kontena yang besar dan bunyi bising kapal kedengaran. Gemuk mula merasa takut. Bukan kerana tempat tersebut. Tetapi adakah tindakan mereka itu betul?
"Bos, betul ke apa yang kita buat? Bos, kita masih boleh lari. Masih tak terlambat." Kata Gemuk memujuk Peon.
"Gemuk, DIAMLAH! Jerit Peon kepada Gemuk.
"Kita dah tak boleh buat apa. Tak boleh larikan diri. Gemuk, kau macam tak tahu. Kalau lari maksud maut. Gemuk, kita tak salah. Kita tak rogol pun budak perempuan tu kan? Kita tak sebat, tak pukul kan? Jangan risau. Kita serahkan budak tu kan lelaki tuh, ambil duit, dan terus. Kita boleh bina hidup kita semula. Kau boleh makan banyak-banyak kan?"

Diam Gemuk seketika. Berfikir. Tentang kata-kata Peon. Adakah kita betul?
Kereta sedan hitam menghampiri mereka. Keluar seorang lelaki membuka pintu. Dan keluar lelaki tadi. Lelaki yang menghampiri mereka hari itu.
"Mana perempuan tu?" Kata lelaki tersebut dengan loghat asing.
"Duit dulu. Baru kawan saya bagi." Kata Peon.
Lelaki tersebut memberi isyarat kepada orangnya. Orangnya pula mengambil beg hitam yang besar dari bonet kereta dan letak dihadapan Peon.
"Gemuk, bawa perempuan tu kesini."
Gemuk memandang Peon dengan sayu, memberi isyarat agar dihentikan segala.
Namun Peon tetap berdegil. Gemuk membuka peti tersebut lalu mengangkat perempuan tersebut ke luar dari peti tersebut. Lelaki berbaju hitam itu menghampiri Gemuk untuk mengambil perempuan itu. Peon melangkah kearah beg hitam tersebut untuk mengambilnya.

"Ahhh!!! Aku malas nak fikir lagi. Peon. Apa yang kita buat ni salah tahu tak? Walaupun kita tak bunuh orang, tapi kita menyebabkan mak ayah kehilangan anak. Peon, bayangkan perempuan ini adik kau, adakah kau akan culik dia dan jual? Aku malas nak fikir dalam-dalam. Bak sini budak tu." Kata Gemuk sambil merampas kembali perempuan tersebut. Peon terkejut melihat tindakan Gemuk itu. Seorang lelaki mengacukan pistol kearah Gemuk dan melepaskan tembakan.
PENGG
Bunyi pistol itu menggegarkan suasana. Gemuk rebah kebumi. Peon terkejut. Terkedu.
Bunyi pistol itu menggegarkan suasana. Gemuk rebah kebumi. Peon terkejut. Terkedu.
"GEMUKKK" Jerit Peon sambil meluru kearah Gemuk.
"Korang menyenangkan kerja aku." Kata lelaki tersebut sambil mengacukan pistol kearah Peon.
PENGGG
Lelaki tersebut pergi meninggalkan Peon dan Gemuk disitu. Apa akan berlaku kepada perempuan tersebut?
Lelaki tersebut pergi meninggalkan Peon dan Gemuk disitu. Apa akan berlaku kepada perempuan tersebut?
No comments:
Post a Comment