Monday, January 23, 2017

Suara disudut hati.

Bab 3
Peon mulakan harinya setiap pagi dengan mengangkat beras dan kotak di Kedai Pak Haji Meon. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pendapatan Peon tidak banyak, hanya RM80 sehari. Cukup-cukup untuk adik-adiknya dan ibunya yang sakit. Peon sering ditemani dengan Gemuk dalam usaha mencari rezeki. Mereka susah bersama, senang bersama sejak dari kecil. Gemuk sering panggil Peon dengan panggilan bos kerana sewaktu Gemuk kecil, Gemuk sering dibuli oleh pelajar sekolah menengah. Namun Peon sentiasa datang membantu.
Namun, suatu hari mak Peon pengsan jatuh tangga. Adik Peon, Siti berlari tak cukup tanah mencari Peon dikedai Pak Haji Meon.
Setelah Peon mendengar berita tersebut, Peon dan Gemuk berlari kerumah melihat keadaan mak Peon. Peon meluru masuk kerumah mencari maknya dibilik  manakala Gemuk hanya duduk dipintu.
"Makk. Mak tak apa-apa kah? Mak ada sakit dimana? Mak, sini Peon hantar ke klinik ye?"
"Mak tak apa-apa. Cuma terseliuh sedikit akibat jatuh tangga. " kata Mak Peon dengan suara yang lemah.
"Makk, jangan buat Peon risau. Jika mak perlu ke klinik, bagitahu Peon. Mak tak sihat lagi ni"
"SIAPA YANG BENARKAN MAK JALAN NI? Kamu ke dik? Awat tak jaga mak betul-betul?" Kata Peon terhadap adik-adiknya dengan kasar.
"Adik cuma tertidur sekejap. " ujar adik Peon yang kepenatan.
"Jangan marahkan adik kamu tu Peon. Adik kamu tu penat menjual nasi lemak Mak Kiah kat sekolah dia tu" kata Mak Peon dengan lembut untuk memujuk Peon yang marah.
"Tapi..." Jawab Peon yang risau akan maknya.
"Takpe, mak tak apa-apa. Mak cuma bosan. Saje mak nak jalan. Exercise katanya..."
"Peon dan Gemuk pergilah sambung kerja. Nanti Pak Meon marah Peon lama-lama disini" Ujar maknya.
Peon bangun dari tempatnya dan mencium dahi maknya sebelum melangkah keluar dari rumah bersama Gemuk. Air mata Peon mula menakung.
"Gemuk, kau pergilah dulu ke kedai Pak Haji. Aku nanti sampai. "
"Okaylah bos, pape rojer tau. Jangan buat aku risau."
Gemuk melangkahkan kaki meninggalkan Peon bersendirian. Air mata Peon mula mengalir kepipi.
Sedih kerana hidupnya yang susah.
Sedih kerana tidak dapat membantu ibunya yang sakit.
Sedih kerana tidak dapat menyekolahkan adik-adiknya yang masih muda.
Masih muda untuk menangung beban ini.
Sedih dengan nasib dia.
Benci terhadap ayahnya.
Benci terhadap ayahnya yang meninggalkan ibunya dan anaknya sendiri kerana tidak tahan hidup susah bersama.
Benci terhadap ayahnya yang senang hati dengan kekayaan yang entah datang dari mana.
Benci terhadap ayahnya yang langsung tidak teringat akan mereka.
Peon mula menjerit sekuat hati. Meluahkan rasa sedih dan marahnya. Lalu didatangi oleh seorang lelaki berbaju mahal. Peon terkejut. Siapa dia?
"Aku ada tugas untuk kau. Kalau aku bagi kau RM10,000 . Kau nak?"
Peon terkejut mendengarnya. Betulkah? Kalau aku buat apa yang dia suruh, dia akan bagi RM10,000?

No comments:

Post a Comment