Sunday, July 10, 2016

Suara disudut hati

Bab 1
Aku ditarik ke kenderaan mereka. Tangan mereka menekup kemas mulutku dengan sapu tangan. Berbau seperti ubat, membuat aku terbuai mimpi.
Terbangunku dari mimpi, mereka berada depan, belakang, kiri dan kanan. Aku ketakutan. Apa yang sedang berlaku? Segera aku tarik "handbrake" menyebabkan kenderaan tersebut berguling beberapa kali. Kepalaku terhentak, dan semua gelap seketika.
Aku sedar semula, dan melihat mereka semua tidak sedarkan diri. Aku mula bangun dari kenderaan tersebut dan ternyata sukar, kerana kenderaan itu dlm keadaan terbalik. Aku mengumpul kekuatanku untuk memecahkan tingkap dan mula keluar dari situ.
Aku terselamat. Terselamat dari terperangkap di kenderaan tersebut. Sebelum aku mula berdiri dengan betul, kenderaan itu meletup sendiri.
BOOOMM.
Kerana letupan tersebut, aku tercampak beberapa meter kepenghadang jalan dan sekali lagi terhantuk. Selepas itu, semua gelap gelita. Senyap sunyi.
Adakah aku sudah mati?

Saturday, July 09, 2016

Luahan Hati - Tanggungjawabku

Ramadan sudah berlalu, Syawal sudah menjelma, raya keempat baru nak post, sedih untuk diri sendiri.

Aku sering terfikir sesuatu perkara sejak kebelakangan ni, tentang tanggungjawab aku terhadap ibuku.
Cukupkah semua yang aku beri, untuk dia, aku dan bapa aku makan?
Cukupkah semua yang aku beri, untuk bayar hutang sedia ada?
Cukupkah semua yang aku beri, untuk keselesaan mereka?

Aku masih fikir, semua yang aku beri belum memadai, belum cukup untuk mereka rasa selesa.

Teringat waktu dulu, saat genting, aku masih diberi duit belanja,
Teringat waktu dulu, saat genting, aku masih diberi makan,
Teringat waktu dulu, saat genting, aku masih meminta duit untuk belikan buku atau perkara tak berfaedah,
Sedangkan duit tu je yang ada dalam poket mak aku.

Alang2 sudah bekerja ni, beri mak aku sikit2 untuk menampung segala makan minum mereka.

Tapi hati ini terasa sedih. Sebab tak mampu untuk beri banyak2. Maklum, banyak beri, banyak benda boleh settle.

Tunggu hari tersebut tiba.
Hari dimana aku mampu beli rumah untuk mereka.
Tunggu hari tersebut tiba.
Hari dimana aku mampu beli barang yang mewah untuk mereka.
Tunggu hari tersebut tiba.
Hari dimana kita tak perlu risau tentang duit memanjang.

Tetapi, bila hari itu akan tiba?