Sunday, December 18, 2016

Kahwin Muda

Tak faham dgn dunia sekarang. Gatal sangat nak kahwin ke? Selesaikan dulu tanggungjawab dgn mak ayah dulu, baru kau fikir bakal suami kau tu.
Takut melepas? 
Kalau kau berjodoh dengan dia, pasti akan kahwin juga akhirnya. 

Tadi pergi kenduri kahwin. Kawan mak ayah. Dengar orang tua bersembang, katanya dia baru graduated sebagai doktor.
Belum apa-apa, terus kahwin. 

Mak ayah tak sempat nak merasa duit anak dia tu. Bukanlah nak kata mak ayah tu mata duitan atau tidak, tapi..haih.. Perlu ke aku terangkan semua tu? 😂  

Tapi tak boleh juga. Ini soal jodoh. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan.

Ada qoute yang saya baca.. Ingin pula saya kongsikan disini 😁

"Kahwin muda, dapat berbakti pada suami lebih awal, 
Kahwin lambat, dapat juga berbakti pada mak ayah "

Ayat dia lebih kurang macam tu lah. 😂 Tak hafal sangat ayat dia satu persatu. 
Maaf. 

Hawa. 

Monday, December 12, 2016

Suara disudut hati

Bab 2
"Cepat, kalau lambat siap kau, dengan kau sekali aku bunuh"
Suara serak-serak basah itu mengejutkan aku dari kegelapan tidur. Melihat mereka semua seperti terkejar-kejarkan sesuatu. Seperti tengah melarikan diri dari seseorang. Mungkin polis terdetak hatiku.
Kepala aku pening.
Aku kat mana?
Mereka ni siapa?
Mereka nak apa?
Nak apa dari aku?
Aku ada buat salahkah?
"Bos, budak yg buat hal ni dah bangun!"
Budak buat hal? Apa salah aku laki gemuk?
"Ohh yeke? Bagus. Sini aku nk tengok muka dia"
"Ohh kau berlagak pandai. Kau tahu tak apa yang kau dah buat? Hah?! Kau dah buat abg aku mati sebab kau!"
Seorang lelaki berbadan tegap meramas leher aku dengan kuat sambil berkata begitu. Aku tidak dapat bernafas.
"Nasib ada orang nak kau. Kalau tak, aku dah lama cincang kau lapan belas, campak kat laut dn sungai. Tahu?"
Aku tak dapat bernafas. Dia menolakku ke dinding sambil melepaskan tangannya.
"Gemuk, bawa perempuan ni naik. Cepat!"
Kata lelaki tersebut.
"Baik bos."
Lelaki gemuk itu membawa aku naik ke lori ais. Lelaki gemuk itu membuka satu peti yang besar dan panjang. Ia penuh dengan ais namun cukup untuk dimasukkan aku kedalam peti tersebut. Setelah aku dimasukkan kedalam peti tersebut, lelaki gemuk itu membuka seguni ais dan ditaburkan  diatas aku dan menutup peti tersebut.
Tanganku menggeletar kesejukkan. Sejuknya hingga ke tulang. Aku cuba untuk buka peti tersebut dan ia dikunci dari luar. Aku pitam sekali lagi.

Relationship Goals

Perangai perempuan zaman sekarang memang...
Tak bermaksud semua, tapi selalu scroll tl facebook atau twitter, mention nama boyfriend dorang, kat gambar kahwin dn sebagainya. 
Terlalu taksub dengan relationship goals. 
Faham lah weh, perkara tu hanya berlaku dalam drama je. Drama korea 😂 
Perkara tu, takkan berlaku di realiti. 
Even berlaku pun, takkan terjadi dekat orang mcm kau. 
Asyik terkejar-kejar, asyik mendesak nak itu, nak ini. 
Kejar cinta Allah, baru dapat relationship goal tu. 
#Hawa

Sunday, July 10, 2016

Suara disudut hati

Bab 1
Aku ditarik ke kenderaan mereka. Tangan mereka menekup kemas mulutku dengan sapu tangan. Berbau seperti ubat, membuat aku terbuai mimpi.
Terbangunku dari mimpi, mereka berada depan, belakang, kiri dan kanan. Aku ketakutan. Apa yang sedang berlaku? Segera aku tarik "handbrake" menyebabkan kenderaan tersebut berguling beberapa kali. Kepalaku terhentak, dan semua gelap seketika.
Aku sedar semula, dan melihat mereka semua tidak sedarkan diri. Aku mula bangun dari kenderaan tersebut dan ternyata sukar, kerana kenderaan itu dlm keadaan terbalik. Aku mengumpul kekuatanku untuk memecahkan tingkap dan mula keluar dari situ.
Aku terselamat. Terselamat dari terperangkap di kenderaan tersebut. Sebelum aku mula berdiri dengan betul, kenderaan itu meletup sendiri.
BOOOMM.
Kerana letupan tersebut, aku tercampak beberapa meter kepenghadang jalan dan sekali lagi terhantuk. Selepas itu, semua gelap gelita. Senyap sunyi.
Adakah aku sudah mati?

Saturday, July 09, 2016

Luahan Hati - Tanggungjawabku

Ramadan sudah berlalu, Syawal sudah menjelma, raya keempat baru nak post, sedih untuk diri sendiri.

Aku sering terfikir sesuatu perkara sejak kebelakangan ni, tentang tanggungjawab aku terhadap ibuku.
Cukupkah semua yang aku beri, untuk dia, aku dan bapa aku makan?
Cukupkah semua yang aku beri, untuk bayar hutang sedia ada?
Cukupkah semua yang aku beri, untuk keselesaan mereka?

Aku masih fikir, semua yang aku beri belum memadai, belum cukup untuk mereka rasa selesa.

Teringat waktu dulu, saat genting, aku masih diberi duit belanja,
Teringat waktu dulu, saat genting, aku masih diberi makan,
Teringat waktu dulu, saat genting, aku masih meminta duit untuk belikan buku atau perkara tak berfaedah,
Sedangkan duit tu je yang ada dalam poket mak aku.

Alang2 sudah bekerja ni, beri mak aku sikit2 untuk menampung segala makan minum mereka.

Tapi hati ini terasa sedih. Sebab tak mampu untuk beri banyak2. Maklum, banyak beri, banyak benda boleh settle.

Tunggu hari tersebut tiba.
Hari dimana aku mampu beli rumah untuk mereka.
Tunggu hari tersebut tiba.
Hari dimana aku mampu beli barang yang mewah untuk mereka.
Tunggu hari tersebut tiba.
Hari dimana kita tak perlu risau tentang duit memanjang.

Tetapi, bila hari itu akan tiba?